Followers

Tuesday 3 September 2013

RAKYAT KENA TERIMA HAKIKAT, BELAJAR BERJIMAT DAN KURANGKAN SUBSIDI

Ramai juga yang berkongsi tips menjimatkan minyak yang mengarut. Kali ini MyMassa berkongsi tips yang telah terbukti dapat menjimatkan minyak kenderaan anda. Tips ini tidak memerlukan anda ubah cara hidup (kurangkan pergi jalan, duduk rumah sahaja).

Tips ini juga tidak memerlukan anda menukar kenderaan anda (dari memandu kereta kepada menunggang motosikal). Tipis ini turut tidak memerlukan tambahan gajet penjimat minyak atau apa-apa bahan tambahan kepada petrol. Tips ini hanya memerlukan anda kembali kepada perkara asas iaitu PATUHI UNDANG-UNDANG
.

Undang-undang apa yang perlu anda patuhi untuk jimat minyak? 

Sudah pastinya undang-undang jalan raya. Dengan memandu mengikut had laju yang ditetapkan oleh Kerajaan, anda mampu menjimatkan minyak.

Mungkin ada pembaca yang kata, dah beli kereta berenjin 2.0l, takkan nak bawak 80km/j je kot. Buat jalan cantik-cantik, takkan tak boleh nak memecut?


Persoalannya, perasan tak pembaca bila kita memandu di jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan perbandaran, kita sering menekan brek. Besar kemungkinan kerana pemandu di hadapan kita mahu menukar lorong.

Bila kita tekan brek, maka kita akan tekan pedal minyak selepas itu untuk kembali ke kelajuan asal. Jadi semasa kita 'terlebih' tekan minyak untuk capai kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan dalam masa yang singkat, maka lebih banyak minyak digunakan dari yang sepatutnya.

MyMassa juga perasan banyak juga kereta yang berenjin kecil seperti Viva yang memandu di lorong paling laju. Dengan memandu melebihi keupayaan kereta, maka lebih banyak minyak digunakan dari yang sepatutnya. Kalau nak pandau laju, pakailah kenderaan yang lebih besar kapasiti enjinnya.

Tips ini mudah. Cuma MyMassa yakin tidak ramai pemandu di Malaysia (termasuk diri sendiri) mampu mengikutinya. Selain daripada menjimatkan minyak, tips supaya memandu mengikut had laju yang ditetapkan juga mampu mengelakkan diri anda di saman PDRM atau pun AES.

MyMassa

No comments :

Post a Comment