Followers

Tuesday 3 September 2013

SUDAH SAMPAI MASANYA MELAYU BANGUN!!

Sudah sampai masanya Melayu bangun. Pandang pada dunia sekarang dalam kehidupan sebenar. 

Sudah tiada masanya lagi nak MENGEMPENG BAWAH KETIAK KERAJAAN. Subsidi minyak 20 sen yang ditarik balik tu bukan ditarik semua. Ada lagi 60 sen yang ditinggalkan. 60 sen tu sebenarnya subsidi. Tak kekal. 

Subsidi tu kita dapat bila kita tuang minyak. Subsidi minyak tu bukannya untuk orang melayu sahaja. Untuk semua pengguna. 

Aku tengok 20 sen punya hal ni pun sampai yang claim mereka tu GAGAH PERKASA naik menyeman macam gaji bulanan kena potong pulak sehinggakan Suhaimi Baba pun dia bawak terbabit sama. Tu baru subsidi minyak. 

KERAJAAN NAK MENGAJAR KITA
 

Bila 20 sen kena tarik, janganlah menyeman macam orang gila talak. Lihatlah pada kawan-kawan cina di sekeliling kita. Belajar dalam sekolah yang sama. Membesar sama-sama. Hak lain-lain. Keistimewaan tak sama. Tapi bila dah besar kenapa mereka lebih kaya dari kita? 


Pada aku jawapannya mudah sahaja. Dari kecil mereka didedahkan tidak bergantung dan tak mengharapkan keistimewaan khusus untuk mereka. Sebab tu lah 20 sen mereka boleh jadikan RM2. RM2 boleh jadikan RM20. RM20 boleh jadikan RM200. Tu usaha sendiri. Bukan bergantung pada gaji bulan atau BRIM atau subsidi 20 sen. 

MELAYU YANG KECEWA
 

Berbalik pada 20 sen tadi. Banggakah aku nak menceritakan pada anak cucu aku bahawa aku sangat kecewa bila kerajaan tarik balik subsidi 20 sen?? Yang waras dan bijak berfikir pasti tahu jawapannya. 

Didiklah anak bangsa dengan tidak bergantung pada hak dan keistimewaan sahaja. Didiklah mereka untuk berusaha sepertimana bangsa-bangsa lain buat. Inilah ilmu yang akan kita tinggalkan pada mereka kelak.




RAKYAT KENA TERIMA HAKIKAT, BELAJAR BERJIMAT DAN KURANGKAN SUBSIDI

Ramai juga yang berkongsi tips menjimatkan minyak yang mengarut. Kali ini MyMassa berkongsi tips yang telah terbukti dapat menjimatkan minyak kenderaan anda. Tips ini tidak memerlukan anda ubah cara hidup (kurangkan pergi jalan, duduk rumah sahaja).

Tips ini juga tidak memerlukan anda menukar kenderaan anda (dari memandu kereta kepada menunggang motosikal). Tipis ini turut tidak memerlukan tambahan gajet penjimat minyak atau apa-apa bahan tambahan kepada petrol. Tips ini hanya memerlukan anda kembali kepada perkara asas iaitu PATUHI UNDANG-UNDANG
.

Undang-undang apa yang perlu anda patuhi untuk jimat minyak? 

Sudah pastinya undang-undang jalan raya. Dengan memandu mengikut had laju yang ditetapkan oleh Kerajaan, anda mampu menjimatkan minyak.

Mungkin ada pembaca yang kata, dah beli kereta berenjin 2.0l, takkan nak bawak 80km/j je kot. Buat jalan cantik-cantik, takkan tak boleh nak memecut?


Persoalannya, perasan tak pembaca bila kita memandu di jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan perbandaran, kita sering menekan brek. Besar kemungkinan kerana pemandu di hadapan kita mahu menukar lorong.

Bila kita tekan brek, maka kita akan tekan pedal minyak selepas itu untuk kembali ke kelajuan asal. Jadi semasa kita 'terlebih' tekan minyak untuk capai kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan dalam masa yang singkat, maka lebih banyak minyak digunakan dari yang sepatutnya.

MyMassa juga perasan banyak juga kereta yang berenjin kecil seperti Viva yang memandu di lorong paling laju. Dengan memandu melebihi keupayaan kereta, maka lebih banyak minyak digunakan dari yang sepatutnya. Kalau nak pandau laju, pakailah kenderaan yang lebih besar kapasiti enjinnya.

Tips ini mudah. Cuma MyMassa yakin tidak ramai pemandu di Malaysia (termasuk diri sendiri) mampu mengikutinya. Selain daripada menjimatkan minyak, tips supaya memandu mengikut had laju yang ditetapkan juga mampu mengelakkan diri anda di saman PDRM atau pun AES.

MyMassa